Categories
Alam Sekitar Berita Business Ekonomi

BOLEHKAH BERCUCUK TANAM DI BAWAH LALUAN PENCAWANG ELEKTRIK

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Dalam kalangan pekebun atau pengusaha tanah, soalan bolehkah bercucuk tanam di bawah pencawang elektrik merupakan soalan biasa.

Tapi, persoalan ini juga berlegar-legar dalam kalangan orang awam terutamanya mereka yang berminat untuk jadi pekebun.

Jawapannya begini, apabila pembekal elektrik iaitu TNB (dalam istilah teknikalnya di panggil sebagai “Pihak Utiliti”) ingin memasang talian pembekalan elektrik melalui tanah milik persendirian, mereka akan berbincang dengan tuan tanah tersebut dan akan memasuki satu Perjanjian Izin lalu dengan tuan tanah itu.

Di bawah Perjanjian Izin lalu itu, Pihak Utiliti dibenarkan untuk memasang dan menyenggara talian pembekalan dan memperolehi akses ke atas tanah yang dimiliki oleh pemilik tanah untuk tujuan tersebut.

Kelebaran tanah yang terlibat yang dikenali sebagai “Koridor Penghantaran” bergantung kepada voltan talian pembekalan dan juga faktor-faktor lain.

Terma dan syarat-syarat serta tempoh perjanjian izinlalu di antara Pihak Utiliti dengan tuan tanah terpulang kepada persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

Tanah di bawah perjanjian izin lalu atau dalam Koridor Penghantaran tersebut secara perundngan nya masih lagi kepunyaan pemilik tanah.
Pihak Utiliti hanya menggunakan tanah tersebut untuk memasang dan menyenggara talian pembekalan elektrik dan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan ke atas talian pembekalan elektrik itu.

Pemilik tanah  atau mana-mana pihak yang dibenarkan oleh pemilik tanah secara sah, boleh menggunakan, mengerjakan, mengusahkan atau melaksanakan apa-apa aktiviti di atas tanah yang terletak di bawah talian itu dengan syarat mereka perlu mendapatkan kebenaran yang sah daripada Pihak Utiliti terlebih dahulu.

Caranya mereka perlu membuat permohonan rasmi secara bertulis kepada Pihak Utiliti.
Kebenaran sah daripada utiliti adalah bertujuan untuk mengawal aktiviti yang dilaksanakan di bawah talian supaya ianya tidak mengganggu-gugat talian-talian penghantaran dan tidak bermaksud untuk menyekat pemilik tanah atau mana-mana pihak yang dibenarkan oleh tuan tanah secara sah daripada menjalankan aktiviti di atas tanah mereka.
Pihak Utiliti juga perlu memastikan bahawa mana-mana orangyang dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti di bawah atau berhampiran talian pembekalan dimaklumkan dengan sewajarnya mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi serta mengelakkan sebarang gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan sistem pembekalan elektrik.
Sumber: Suruhanjaya Tenaga Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *