Oleh: Editorial Penggerak Daily
Burberry baru sahaja melancarkan koleksi topeng yang dihasilkan menggunakan teknologi antimikrob sempena musim pandemik, semalam.
Menurut laman web Burberry UK, topeng itu akan dijual dengan harga kira-kira RM490 setiap satu, dengan dua pilihan warna iaitu kuning air dan biru.
Sebanyak 20 peratus daripada hasil penjualan akan disumbangkan kepada Tabung Komuniti Yayasan COVID-19.
Burberry tidak bersendirian dalam usaha amalnya kerana jenama mewah lain seperti Gucci, Versace, Chanel, dan Louis Vuitton turut memberikan sumbangan yang besar dalam usaha memberi bantuan di Eropah.
Sumber: Awani