Oleh: Editorial Penggerak Daily
Semalam, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima aduan berkaitan gangguan seekor gajah jantan liar di RnR Titiwangsa.
Pemantauan di kawasan kejadian mendapati gajah tersebut telah bergerak masuk ke hutan berhampiran.
Menurut PERHILITAN, gajah liar tersebut liar ini menjatuhkan tong sampah di kawasan sekitar dan cuba untuk masuk ke kedai untuk mendapatkan makanan.
“Hasil maklumat dari orang awam mendapati gajah tersebut telah berkeliaran hampir tiga hingga empat hari di kawasan tersebut bagi mencari sumber makanan”,
“Jabatan PERHILITAN Daerah Grik telah dan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengesan gajah liar tersebut”,
Pihak Jabatan PERHILITAN menyeru kepada orang awam supaya bersama-sama menyalurkan maklumat berkaitan gajah tersebut. Sebarang maklumat/aduan berkaitan hidupan liar boleh disalurkan ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN 1800-88-5151.
PenggerakDaily