Oleh: Editorial Penggerak Daily
Ketika seluruh rakyat Malaysia menyambut ulang tahun ke-63 kemerdekaan negara hari ini, enjin carian gergasi, Google mempunyai cara tersendiri untuk turut meraikannya iaitu dengan memperkenalkan ‘doodle’ khas di laman Google Malaysia.
Doodle khas tersebut menampilkan ‘Orang Utan’, spesis haiwan terancam yang mendiami hutan di Sabah dan Sarawak.
Google turut berkongsi trivia khas mengatakan orang utan gemar akan buah durian. Orang utan juga berkongsi hampir 97% gen dengan homo sapiens, sekaligus diperkatakan sebagai saudara terdekat manusia.
Ini bukan kali pertama Google pernah hadir dengan doodle khas, malah pernah mempersembahkan beberapa doodle menarik sebelum ini.
PenggerakDaily