Perdana Menteri Britain Boris Johnson berkata pengharaman tersebut merupakan sebahagian perancangan negara terbabit menjadi neutral karbon menjelang 2050.
Beliau menjelaskan kerajaan akan melabur lebih £2.8 bilion (RM15 bilion) dalam kenderaan elektrik, mewujudkan point pengecasan dan membangunkan bateri tahan lama di kilang besar.
“Ia sekali gus akan membantu memberhentikan penjualan kereta dan van baharu petrol serta diesel pada 2030 nanti,” katanya pada Financial Times.
Bagaimanapun, penjualan kenderaan plug-in hybrid (PHEV) masih diteruskan sehingga tahun 2035.
Selain Britain, negara Eropah yang mengumumkan pengharaman penjualan kenderaan mendapat khidmat enjin pembakaran dalaman (ICE) termasuk Perancis dan Norway manakala Jerman masih melakukan kajian dalam pelaksanaan larangan itu.
Sumber: Mekanika