Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kerajaan memutuskan harga pelitup muka jenis tiga lapis kini diturunkan kepada RM1 berbanding RM1.50 sebelum ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di Dewan Rakyat pagi tadi.
“Langkah ini diharap dapat membantu rakyat khususnya golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah susulan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan sesak mulai 1 Ogos lalu”,
“Penurunan harga maksimum pelitup muka adalah langkah yang bersifat ‘soft landing approach’ bagi membolehkan stok-stok yang dibawa masuk terdahulu dengan kos yang lebih tinggi dengan menggunakan pengangkutan udara dapat dijual bagi mengurangkan kerugian pengimport akibat daripada penurunan harga ini”.
Tambahnya lagi, kementerian bersedia untuk menurunkan lagi harga siling tersebut ke paras yang lebih rendah di masa-masa akan datang.
Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan pelitup muka adalah mencukupi dan pengeluaran sedang dipertingkatkan.
PenggerakDaily