Categories
Alam Sekitar Berita

HASIL MAKLUMAT SULTAN JOHOR, PEMBURU HAIWAN EKSOTIK TUMPAS

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Hasil daripada maklumat DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, pihak polis telah menahan dua lelaki dan dua perempuan di beberapa lokasi di daerah Kluang kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pemburuan haiwan eksotik, semalam kira-kira jam 10 malam.

Menurut Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay, tangkapan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Khas D9, IPK Johor dan IPD Kluang turut merampas hasil buruan dan senjata api.

“Turut dirampas ialah 54 bahagian daging babi hutan, 17 bahagian disyaki daging ayam hutan, 10 bahagian daging burung puchong, 2 kepala kijang, selaras senapang patah, 270 butir peluru penabur dan sebuah Hilux”,

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama 3 hari bermula hari ini sehingga 12 Ogos 2020 bersabit kesalahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Senjata 1960″.

Sebelum ini, sepasukan pegawai IPK Johor dan anggota penguatkuasa Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah menangkap tiga orang lelaki berusia antara 33 hingga 47 tahun kerana terlibat dalam kegiatan pemburuan haiwan eksotik di Jamaluang, Mersin, jam 1.30 petang semalam.

Menurut Ayob, bagi operasi tangkapan di Mersing, pihak polis merampas dua laras senapang buatan sendiri, tiga butir peluru penabur 12 bore, sebuah kenderaan dan satu trofi daging landak”,

Tambah Ayob lagi, pihak polis akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen senjata api jika terkesan sebaranag penyalahgunaan atau pelanggaran syarat lesen.

Sekiranya orang awam mempunyai maklumat berkaitan kegiatan ini boleh menghubungi bilik gerakan kontijen Johor di Talian 07-2254074.

 

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *