Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kebun vanila berkeluasan 0.81 hektar di Taman Pertanian Permatang Pauh merupakan kebun vanila pertama di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi pertanian pintar, kebun ini dijangka memberi pulangan RM1.5 juta setahun.
Kebun ini diselia oleh Kairos Agriculture menggunakan Teknologi Agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.
Sebanyak 8,000 keratan batang pokok vanila telah ditanam di atas tanah seluas dua ekar (0.81 hektar), malah kebun pintar ini menggunakan teknologi sistem penyiraman yang akan bertindak secara automatik jika keadaan cuaca didapati terlalu panas atau kelembapan tanah terlalu kering.
Kebun ini juga menggunakan sistem machine learning iaitu satu teknologi yang akan memantau kondisi tanah dan persekitaran yang membolehkan tanaman vanila tumbuh dengan lebih pantas.
Dimaklumkan, hasil tanaman ini akan dieksport je negara Jepun selain menrancang untuk bekerjasama dengan pemain industri yang dapat mengembangkan teknologi penanaman digital dengan penggunaan robot.