Categories
Alam Sekitar Berita

PAHANG WARTA LEBIH 999,000 EKAR SEBAGAI KAWASAN HUTAN PERLINDUNGAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Penyediaan kawasan hutan yang luas mengambil kira kepentingan persekitaran secara seimbang dengan pembangunan sosial dan ekonomi terutama membabitkan peluang pekerjaan.

Oleh demikian, Kerajaan Pahang mewartakan lebih 999,000 hektar kawasan sebagai hutan perlindungan yang dapat menyediakan sumber bekalan kayu mentah bagi menampung industri berasaskan kayu.

“Sektor perhutanan menjadi penyumbang kedua terbesar kerajaan negeri dengan menghasilkan pendapatan lebih RM130 juta tahun lalu menerusi pelbagai sumber seperti premium, royalti dan sumber hutan lain yang menjadi pemangkin pembangunan sektor perindustrian” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Salehuddin Ishak.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dalam memastikan sumber hutan terus terpelihara dan kekal, selain turut menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *