Mengenai kisah tular pesara guru yang tinggal dalam timbunan sampah baru-baru ini, disahkan bahawa pesara guru itu normal dan tidak mengalami masalah mental.
Ujian saringan kesihatan mental dan fizikal yang dijalankan terhadap bekas guru itu, Chung Sook Khuan, 63, disahkan seperti manusia normal lain.
Pakar psikiatris berpendapat bahawa mungkin disebabkan oleh ‘habitual action’ ataupun sikap atau perangai biasa dia.
“Itu merupakan habit (tabiat) normal, maknanya awal pagi bangun pukul 8, dia akan pergi kutip sampah dan kalau tak ada tempat yang nak jual atau asingkan sampah tersebut, dia akan letakkan longgokan sampah itu di dalam kawasan pekarangan rumah dia,” katanya.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memulakan sesi kaunseling sejak minggu lalu dan akan membuat pemantauan berterusan.
“Ada perubahan, beliau tidak lagi mengutip sampah dan memunggahnya di rumah, tetapi terus dibawa ke pusat kitar semula berhampiran.
“Kalau keadaanya semakin baik, kita akan beri kaunseling seminggu sekali atau dua minggu sekali,” ujar JKM.
Tindakan bekas guru itu menyimpan sampah di rumahnya dikatakan sejak tahun 2017 tahun lagi.
Sumber: Odisi