JOHOR BAHRU: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuat kuasa selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember depan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata penguatkuasaan PKPB itu, dilaksanakan selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung peningkatan kes positif Covid-19, di beberapa negeri di Semenanjung.
“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti, di samping untuk mengekang penularan Covid-19 di negeri-negeri ini,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.