Oleh: Editorial Penggerak Daily
Sarawak terus melangkah ke depan dengan aturan strategi baharu bagi merancakkan ekonomi negeri pasca COVID-19 termasuk ekonomi bagi sektor pelancongan.
Dalam usaha tersebut, satu kempen mengangkat kembali kembali industri pelancongan Bumi Kenyalang pasca COVID-19, ‘Sia Sitok’ diperkenalkan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB).
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah “pelbagai tawaran menarik termasuk 30 pakej pelancongan dengan potongan diskaun sehingga 50 peratus ke destinasi tumpuan negeri itu dapat dinikmati oleh pelancong dari dalam dan luar negara”,
“Peluang ini mesti dan dapat dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan tempatan bagi merancakkan ekonomi negeri”,
Tambah Abdul Karim lagi, rakyat Sarawak akan diberi keutamaan dalam pelaksanaan kempen ini di mana mereka amat digalakkan untuk melancong dalam negeri sendiri serta menikmati keindahan Bumi Kenyalang.
Antara pakej dan aktiviti menarik yang dirancang dalam menjayakan kempen ini termasuk Sarawak River Cruise, Irrawady Dolphin River Cruise, Bird Watching Do Taman Negara Kubah, lawatan ke Taman Negara Tanjung Datu dan pelbagai lagi.
Sumber: Awani