Categories
Alam Sekitar Berita

SULTAN JOHOR BAGI AMARAN KEPADA PENJUAL HAIWAN EKSOTIK

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, baginda bertitah sekiranya ada yang masih ingkar dan terus menjual daging haiwan eksotik, mereka bakal berdepan tindakan tegas pihak berkuasa.

“Anda akan berdepan dengan tindakan jika ditangkap,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO) semalam seperti yang dimuat naik dalam hantaran Facebook berkenaan.

“Pengedaran daging haiwan eksotik ini perlu dihentikan segera. Saya memberi amaran terakhir kepada pemilik restoran yang berbuat demikian.

“Dengan segera hentikan penjualan daging haiwan eksotik ini, jika tidak, anda akan berdepan dengan tindakan jika ditahan,” titah baginda.

 

PenggerakDaily

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *