Oleh: Editorial Penggerak Daily
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi itu dalam ciapan di laman Twitter berkata, sumber air perlu dilihat sebagai kategori keselamatan negara.
“Wajar kerajaan meminda akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Kualiti Alam Sekeliling untuk memperuntukkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang mencemarkan sumber air.
“Sumber air perlu dilihat sebagai kategori keselamatan negara. Akan dibawa ke Jemaah Menteri (mesyuarat kabinet),” katanya.
Ciapan berkenaan susulan isu putus bekalan air di Selangor sehingga menjejaskan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.
PenggerakDaily