Categories
Alam Sekitar Berita

TAMAN DAMAI BAYU RETAK

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Lebih kurang 30 unit rumah di Taman Damai Bayu, Sungai Rengit retak terutamanya di bahagian dinding dan kelompongan di bahagian parit dan tapak rumah akibat mendapan tanah, didakwa akibat kerja tambakan tanah dan pembinaan rumah yang tidak mengikut prosedur.

Menurut salah seorang penduduk Taman Bayu Damai, Mohd Anis Hasnan, 48, keretakan dan kerosakan rumah ini mula dikesan sekitar tahun 2016, sudah dipanjangkan kepada pihak pemaju namun tiada tindakan lanjut.

“Keretakan yang berlaku amat teruk sehingga saya kerapkali membaiki bahagian yang retak dan menongkat beberapa bahagian rumah dengan besi”, katanya kepada wartawan, hari ini.

“Kerosakan ini bukan saja menelan belanja yang banyak, malahan membuatkan kami sekeluarga berasa tidak selamat dan ini turut dirasa oleh penduduk lain”.

Tambah Anis lagi, beliau harap masalah ini dapat diangkat untuk diselesaikan memandangkan masalah ini telah lama disuarakan namun tidak bertemu jalan buntu.

Turut hadir turun padang mendengar aduan penduduk Taman Damai Bayu ialah ADUN Tanjung Surat, Syed Sis Syed Abdul Rahman.

Setelah mendengar dan meninjau rumah penduduk yang mengalami keretakan, beliau bercadang untuk membawa perkara ini ke peringkat kerajaan negeri dan mencadangkan agar sebuah jawatankuasa bertindak khas ditubuhkan.

“Peranan Jawatankuasa Khas Taman Damai Bayu ini menyelesaikan masalah keretakan dan kerosakan rumah penduduk khususnya hal berkaitan teknikal dan keselamatan”.

 

PenggerakDaily 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *