Categories
Alam Sekitar Berita Sukan

TAMBAH DAN NAIK TARAF TAMAN REKREASI DI KL – ANNUAR MUSA

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenalpasti beberapa tapak yang boleh dijadikan taman rekreasi dan giat meneruskan usaha menaik taraf taman awam sedia ada.

Kata Menteri Wilayah, Annuar Musa “langkah mewujudkan taman yang berkualiti tinggi, berfungsi dan dijaga dengan baik harus dijadikan sebahagian daripada ‘karakter’ Kuala Lumpur”.

Tambah Annuar lagi, sebanyak 2,068.30 hektar kawasan lapang di Kuala Lumpur diperuntuk sebagai kawasan hijau dan rekreasi bagi tujuan riadah untuk warga kota.

“Daripada jumlah keluasan itu, sebanyak 966.05 hektar tanah telah diwartakan manakala 1,033.99 hektar tanah lapang berpotensi dan akan diwartakan seperti yang dalam Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020”,

“Sebanyak 1,930 hektar kawasan lapang di Putrajaya telah diwartakan sebagai kawasan hijau dan rekreasi manakala di Labuan, sejumlah 29.86 hektar kawasan lapang turut diwartakan sebagai kawasan hijau dan rekreasi”,

Tambahnya lagi, Kuala Lumpur tidak hanya soal bangunan yang tinggi serta besar tetapi aspek taman dan kawasan lapang harus diletakkan sebagai keutamaan cukup tinggi.

 

Penggerak Daily

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *