Categories
Alam Sekitar Berita

TIDAK ADA HAK EKSKLUSIF SYARIKAT BERHUBUNG PEMBUANGAN SISA – JAS

Jabatan Alam Sekitar (JAS) kini menegaskan pihaknya tidak memberi sebarang hak eksklusif pada mana-mana syarikat berhubung penetapan jadual pembuangan sisa.

Ini kerana, semalam telah tular dakwaan bahawa terdapat beberapa syarikat menerima hak eksklusif pada Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) disebabkan menerima kotrak eksklusif dan kadar bayaran tinggi yang dilakukan.

Menurut Norlin Jaafar, Ketua Pengarah JAS – pihaknya tidak memiliki peranan dalam penetapan harga mahupun sebarang kos ke atas syarikat yang berlesen dibawah Kemudahan Rawatan dan Pembuangan Sampah Berjadual di seluruh negara.

Semua sektor yang terlibat dalam penghasilan sisa berjadual tersebut perlulah memastikan pihak mereka mengikuti piawaian yang ditetapkan, ia seiring dengan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Setakat ini, kerajaan hanya pernah memberi hak eksklusif kepada Kualiti Alam Sdn Bhd sahaja berikutan projek Centralized Integrated Scheduled Waste Management Center yang telah bermula sejak 1 Mac 2000 hingga 28 Februari 2015, sudah 15 tahun hak itu diberikan.

Sumber: Rnggt.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *