Oleh: Editorial Penggerak Daily
“Kebersihan amat penting, tak kira bangsa”, kata Pengerusi Penggerak Komuniti (PKN) Tenggara, Dato’ Tan Lek Khang dalam Program World Cleanup Day peringkat Kebangsaan di Kg Pendas Baru, Gelang Patah.
“Hari ini, saya bersama kawan-kawan dan sukarelawan komuniti dari tanpa mengira bangsa menggembleng tenaga bagi memastikan kawasan kita bersih”. tambah beliau dalam program yang dianjurkan PKN Johor dan Perbadanan Pengurusan Sistem Pepejal dan Pembersihan Awam (SWMCorp).
Dalam program ini, seramai lebih 15 orang sukarelawan bergotong-royong melakukan kerja-kerja pembersihan.
Kata Tan, “program ini bukan saja bermatlamatkan gaya hidup sihat dan bersih, malahan menjadi platform untuk masyarakat berbilang bangsa bersatu padu kerana penyakit akibat sampah dan kotor tidak mengira bangsa.
Dalam program tersebut juga, pihak SWMCorp berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan NGO PKN Johor melalui Perjanjian Persefahaman (MoU).
PenggerakDaily