Categories
Berita Kesihatan Lifestyle

1000 PESERTA TURUNKAN BERAT BADAN SECARA MAYA BERMULA HARI INI

Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seramai 1,000 peserta dari seluruh negara akan memulakan cabaran dalam program intervensi menurunkan berat badan secara maya dalam kebiasaan baharu, I Fit and Eat Right (V+IFitEr), selama lapan minggu mulai Sabtu hingga 17 Oktober.

‘Bukan Soal Kurus’, program ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan bersama Pertubuhan Pencegahan Obesiti Kanak-Kanak dan Dewasa, dilancarkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada Jumaat.

Kata Dr Adham, “program penurunan berat badan tanpa bertemu dengan jurulatih secara fizikal itu membolehkan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup aktif dalam keadaan pergerakan terbatas ekoran pandemik COVID-19”,

“Pandemik COVID-19 telah mengubah rutin rakyat kepada kebiasaan baharu termasuk intervensi pengurusan berat badan. Platform maya memainkan peranan penting dalam penyampaian perkhidmatan termasuk perkhidmatan kesihatan,” katanya.

PenggerakDaily
Sumner: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *