Categories
Berita

1,245 PENGHUNI ILKKM JB TELAH DISARING

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor telah menyaring seramai 1,245 orang daripada keseluruhan 1,559 penghuni dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, mereka yang terlibat terdiri daripada pelatih, kakitangan, ahli keluarga dan pekerja sokongan pusat latihan itu.

Menurut beliau, ILKKM disini dikenakan PKPD bermula semalam hingga 16 November.

“Pada 2 November lalu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan PKPD akan dilaksanakan pusat latihan itu bagi mengekang penularan Covid-19.

“Semua penghuni tidak dibenarkan meninggalkan bilik atau kuarters kediaman masing-masing manakala makanan dan kit keperluan akan disediakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, masyarakat diminta untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan mengikut norm baharu seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup hidung dan mulut serta kerap membasuh tangan.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *