Categories
Berita Viral

2 LELAKI CULIK BUAYA DENGAN MOTOSIKAL

Dua lelaki dirakam melarikan seekor buaya dewasa di sebatang sungai dan membawa reptilia itu dengan menaiki sebuah motosikal dekat bandar Navolato, Mexico baru-baru ini, lapor Daily Star kelmarin.

Satu rakaman video menunjukkan seorang suspek lelaki duduk di atas buaya sambil me­nunggang motosikal sambil di­ikuti rakannya, dipercayai pe­ra­kam video berkenaan.

Rakaman berdurasi 46 saat menunjukkan salah seorang suspek mengarahkan rakannya untuk segera meletakkan buaya sepanjang 2.4 meter itu di atas tempat duduk motosikal.

“Tarik. Tarik cepat. Ia amat berat,” kata seorang suspek.

Buaya itu dipercayai sudah diberikan ubat pelali sebelum diletakkan di atas motosikal dan diikat menggunakan tali.

Pengguna media sosial mengutuk perbuatan dua individu itu dan mendesak agar pihak berkuasa memburu suspek.

“Saya harap buaya itu sedar dan membaham tangan atau kaki pencuri ini,” kata seorang netizen.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum menemui kedua-dua suspek atau buaya ber­ke­naan.

Motif menculik buaya tidak dapat dipastikan sama ada untuk dibela atau dijadikan hidangan eksotik. Jika ditangkap dan didakwa, mereka boleh dihukum penjara satu hingga sembilan tahun kerana mencuri buaya.

 

Sumber: Kosmo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *