Oleh: Editorial Penggerak Daily
Penyelidikan YouGov terkini mendapati bahawa satu perempat (24%) daripada rakyat Malaysia telah mengalami keinginan untuk membunuh diri.
Manakala dua daripada sepuluh (18%) ‘jarang’ mempunyai keinginan untuk membunuh diri, satu daripada dua puluh (5%) rakyat Malaysia sering mengalaminya.
Rakyat Malaysia yang lebih muda (berumur 18 hingga 24 tahun) cenderung untuk mengalami ini lebih daripada rakyat Malaysia yang lebih tua (berumur 55 dan ke atas) (32% vs. 9%).
Satu perempat (26%) telah terlibat dalam mencederakan diri sendiri. Sekali lagi, ini adalah lebih lazim di kalangan rakyat Malaysia yang lebih muda, dengan satu pertiga (32%) mencederakan diri sendiri.
Di kalangan warga Malaysia yang lebih muda, data menunjukkan bahawa hampir satu daripada sepuluh (9%) sering mencederakan diri sendiri.
Satu daripada sepuluh (10%) telah mengalami beberapa bentuk masalah kesihatan mental dalam hidup mereka. Rakyat Malaysia lebih muda adalah lima kali lebih cenderung untuk menyatakan bahawa mereka mempunyai masalah kesihatan mental berbanding rakyat Malaysia dewasa (11% vs. 2%).
Golongan yang berpendapatan lebih tinggi (pendapatan RM7,000 sebulan dan lebih) juga kelihatan cenderung mempunyai masalah kesihatan mental berbanding golongan berpendapatan rendah (pendapatan RM3,000 sebulan dan kurang) (13% vs. 6%).
PenggerakDaily