Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seramai 27 buah keluarga di Saratok telah menerima sumbangan susu formula bagi meringankan beban ketua keluarga sepanjang berlakunya pandemik COVID-19.
27 keluarga yang menerima sumbangan ini melibatkan 3 buah rumah panjang iaitu Rumah Panjang Edmund Kumbong, Rumah Panjang Munan Sabang dan Rumah Panjang Bundan.
Sumbangan formula susu ini merupakan inisiatif Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju dalam usaha meringankan beban keluarga yang terkesan dengan COVID-19 lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil.
“Sumbangan ini bukan saja meringankan beban kami, namun memberi peluang untuk anak-anak kami mendapatkan makanan yang berkhasiat untuk membesar”, kata salah seorang penerima sumbangan tersebut.
Menurut beberapa penduduk rumah panjang tersebut, ahli parlimen Saratok, Ali Biju kerap memberi sumbangan seperti susu formula sejak sebelum COVID-19 lagi.
PenggerakDaily