Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kajian YouGov mendedahkan 27 peratus rakyat Malaysia membuang pakaian setelah memakainya sekali sahaja.
Kajian ini juga menunjukkan satu daripada sepuluh generasi millennial (18 – 35 tahun)menyimpan pakaian mereka kurang dari setahun sebelum membuangnya.
Data ini menunjukkan cara generasi baru ini berbelanja. Dengan munculnya fesyen yang lebih mudah diakses secara online dan harga yang berpatutan menyebabkan generasi ini berbelanja lebih banyak dari generasi sebelumnya.
Pakaian tidak hanya dilihat sebagai keperluan asas, malahan menjadi perbahasan ideologikal dalam kalangan generasi baru ini seperti isu kesanĀ fesyen terhadap alam sekitar termasuk penggunaan kulit dan pelepasan karbon dari kilang membuat pakaian.
Walaupun mempunyai kesedaran terhadap etika fesyen, ironinya 37 peratus generasi millennial ini telah membeli sekurang-kurangnya separuh daripada pakaian di almari mereka dalam tempoh 12 bulan saja.
PenggerakDaily