Categories
Berita Kesihatan Sukan Teknologi

IPS2020 PERUNTUK RM10 JUTA BANTU PERSATUAN DAN KELAB SUKAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Di bawah Inisiatif Prihatin Sukan 2020 (IPS2020), sebanyak RM10 juta diperuntuk bagi membantu persatuan dan kelab sukan serta rekreasi yang terjejas akibat COVID-19.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, “komitmen KBS diharapkan mampu mengembalikan fungsi serta peranan mereka, seterusnya membuka semula peluang pekerjaan dalam sektor tersebut”,

Tambah Wan Fayhsal lagi, “sejak ia diumumkan pada 17 Jun lalu, KBS telah menerima sebanyak 579 permohonan yang terdiri daripada pelbagai kategori”.

“Antara bantuan yang boleh dimohon melibatkan kategori Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan, Bantuan Menjalankan Program dan Aktiviti serta Bantuan Pendigitalan Sukan dan R&D Pengkomersilan Sukan”.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *