Oleh: Editorial Penggerak Daily
Setelah pasangan suami ister, Sugu-Pavithra kembali berkongsi video masakannya semalam dengan menu dalca kambing, hampir 3000 komen dengan 100,000 tontonan dalam tempoh tiga jam perkongsian
.
.
Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat dan positif kepada pasangan ini selepas kecoh dengan insiden pergaduhan hingga Sugu bertindak memadam semua 98 klip di saluran Youtube mereka.
Dalam perkembangan lain, mereka berazam untuk memuat naik video pelbagai jenis masakan setiap hari bagi dikongsikan dengan pengikut setia mereka.
“Menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan”, kata Sugu.
“Kami rancang masak rendang sebab kami ada ramai kawan Melayu dalam YouTube dan jiran-jiran yang sambut Hari Raya,” tambahnya lagi.
PenggerakDaily