Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mensasarkan 35 ribu permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal pada minggu ini, namun setakat ini hanya 3 ribu ibu tunggal yang memohon.
Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), ibu tunggal yang disasarkan mestilah perempuan (warganegara) yang menjadi ketua isi rumah bagi kategori; i.Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; ii.Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah; iii.Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
Bagi ibu tunggal yang ingin memohon, berikut merupakan langkah-langkah pemohonan;
- Sila isi borang mengikut negeri pemohon.
- Pemohon perlu log masuk ke akaun google untuk mengisi borang permohonan.
- Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan/WakilRakyat/Penggawa/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi MPKK(Majlis Pengurusan Komuniti Kampung)/Ketua Kaum/Ketua Anak Negeri/Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.
- Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Selepas tempoh masa tersebut, akses borang akan ditutup bagi tujuan pengemaskinian data.
- Maklumat lanjut mengenai bantuan sila klik .https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/
Semoga maklumat ini dapat disebarkan khususnya kepada ibu tunggal yang memerlukan.
PenggerakDaily