Oleh: Editorial Penggerak Daily
Seramai 310 pelajar kolej dan universiti menerima sumbangan wang tunai manakala 234 pelajar lagi menerima tajaan tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) sempena Program Prihatin Pendidikan P156 Kota Tinggi.
Menteri Perpaduan Negara merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Sadique mengagihkan sumbangan kepada 51 pelajar peringkat sijil, 149 pelajar diploma, 108 pelajar ijazah dan dua pelajar PhD.
Sementara itu seramai 234 pelajar ditaja tabungan SSPNi.
“Sumbangan ini tentunya dapat meringankan beban orang tua kami yang turut terjejas akibat COVID-19”, luah seorang pelajar ijazah yang menerima sumbangan tersebut.
PenggerakDaily