Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM5.3 juta termasuk kepada 4 PBT di Melaka bagi kerja-kerja pembangunan.
Sebanyak RM300,000 telah diluluskan bagi kerja-kerja keceriaan di Kawasan Pekan Rembia.
Menurut Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin, usaha ini bagi merancakkan aktiviti ekonomi dan memastikan penduduk Kawasan tersebut tidak terlepas daripada pembangunan semasa.
Sebelum ini, Zuraida Kamaruddin telah membuat lawatan turun padang ke Tapak Cadangan Pasar Baharu Jasin bagi menggantikan Pasar Jasin lama yang telah berusia 30 tahun dengan kelulusan dana sebanyak RM1 juta.
PenggerakDaily