Categories
Alam Sekitar Berita Budaya pembangunan Pendidikan Politik Sastera

4 RANGKAP PANTUN DENGAN 4 MESEJ POLITIK DARI PERMAISURI AGONG

Selain itu, baginda juga berkongsi mesej agar rakyat negara ini jangan terlibat dengan rasuah dengan berkata, “bertaubatlah kepada yang makan rasuah”.

Mesej-mesej ini ini disampaikan oleh Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar melalui empat rangkap pantun yang dikongsikan melalui instagram baginda, Tunku Azizah Iskandar

Pantun itu dibacakan oleh dua kanak-kanak bermula dengan gambar buku “Kurik Kundi Merah Saga” iaitu Kumpulan Pantun Lisan Melayu Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Berikut adalah empat rangkap pantun tersebut:

Tiga wilayah Selangor dan Sabah
Sudah diarah kerja dari rumah
Orang politik sedar sedarlah
Ini bukan masa untuk berbalah

Raja sudah bertitah
Sudah sudahlah bertelingkah
Rakyat sedang susah
Belum masa keluar memangkah

Buah cempedak di luar pagar
Jangan ambil orang punya
Titah raja jangan dilanggar
Kalau dilanggar buruk padahnya

Semua orang duduk rumah
Sebab covid belum sudah
Pada yang makan rasuah
Betaubatlah banyakkan ibadat

Sumber: Malaysiadateline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *