Oleh: Editorial Penggerak Daily
Selepas empat tahun menyamar sebagai doktor dan berkhidmat di 16 buah hospital, akhirnya identiti seorang lelaki India, Veeragandham Teja terbongkar.
Menurut Pegawai Polis di Rachakonda, Teja hanya belajar setakat darjah lima dan tidak pernah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan.
Penipuannya terbongkar apabila isteri keduanya membuat laporan polis mendakwa dirinya didera secara fizikal dan mental oleh Teja.
Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada pembongkaran identiti Teja.
Siasatan polis mendapati Teja memalsukan ijazah bidang perubatan dan beberapa sijil kedoktoran miliknya. Malah, Teja pernah mengikuti kelas perubatan asas untuk mengelak dari identitinya diketahui.
Bagaimanapun, Teja tidak pernah mendatangkan masalah kepada pihak atas, malahan turut dikenali sebagai doktor yang berdedikasi.
Sumber: India Express