Oleh: Editorial Penggerak Daily
Bagi menampung permintaan yang dijangka meningkat pada waktu kemuncak dan musim perayaan Aidiladha, 40 perkhidmatan ETS dan 18 perkhidmatan antarabandar akan disediakan.
Ketua Komunikasi Strategik, Asri Khalbi berkata “40 perkhidmatan ETS ditawarkan sempena balik kampung melibatkan perjalanan di antara 29 Julai dan 3 Ogos.
“18 perkhidmatan antarbandar ditawarkan khusus bagi para penumpang yang balik ke kampung di Selatan dan Pantai Timur Semenanjung.
Pengguna disarankan membeli tiket awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.
PenggerakDaily
Kredit : KTMB