KANGAR: Peratusan kehadiran pelajar ke sekolah di Perlis merosot lebih 50 peratus berikutan kebimbangan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah susulan penyebaran wabak COVID-19 daripada Kluster Sivagangga, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad.
Katanya penurunan itu berlaku setelah kerajaan negeri mengisytiharkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO) di dua kampung iaitu Kampung Tanah Timbul dan Kampung Kuala Sanglang di Kuala Sanglang bermula Sabtu lepas.
Beliau berkata data ketidakhadiran ke sekolah ini diperoleh hasil perjumpaan dengan guru besar, pengetua dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Ibu bapa boleh mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak ke sekolah tetapi perlu mendapatkan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran daripada sekolah supaya anak mereka tidak ketinggalan.
SUMBER : AWANI