Oleh: Editorial Penggerak Daily
Johor Bahru: Sebanyak 269 buah kelas TABIKA dan TASKA dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan ditutup susulan Johor Bahru disahkan sebagai zon merah.
Menurut EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Zaitun Ismail, sebanyak 264 buah kelas TABIKA dan 4 buah TASKA ditutup melibatkan 7,104 orang kanak-kanak.
“Bagi seluruh daerah Johor Bahru, sebanyak 124 buah TASKA yang berdaftar, 9 buah Pemulihan dalam Komuniti (PDK), 105 buah Pusat Jagaan Harian, 2 buah Pusat Aktiviti Warga Emas dan 2 buah pusat aktiviti kanak-kanak”.
Penutupan ini berkuatkuasa bermula 2 November 2020 hingga 14 November 2020.
Sebarang pemakluman berhubung penutupan TASKA, TABIKA dan Pusat akan diumumkan dari semasa ke semasa.
PenggerakDaily