Oleh: Editorial Penggerak Daily
Kajian QGen Analysts menunjukkan 57 peratus Cina di Selangor tidak bersetuju Pakatan Harapan mentadbir Malaysia.
Menurut kajian tersebut, terdapat beberapa faktor penolakan terhadap Pakatan Harapan.
52.94 peratus responden Cina yang menolak kepimpinan PH berpendapat kerajaan PH gagal menunaikan manifesto, 23.5 peratus pula melihat kerjasama parti komponen yang rapuh – tidak stabil manakala selebihnya melihat pertelingkahan dalaman parti komponen.
Secara umum, kajian tersebut menunjukkan 71 peratus responden yang diwakili Melayu, Cina dan India menolak kepimpinan PH.
Sebahagian besar reponden Melayu melihat kepimpinan PH mengancam kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera.
Manakala sebahagian besar responden Cina dan India menolak dengan alasan kegagalan PH menunaikan manifesto.
Sebahagian kecil masih memilih gabungan PH kerana merasakan PH mampu menyelesaikan isu korupsi negara dan memperjuangkan kepentingan masyarakat majmuk.
PenggerakDaily