Dalam usaha mengekang penularan wabak, Pemuda Negara Negeri Johor telah menyampaikan sumbangan Prihatin Skuad APEC 2020 kepada semua peniaga di sekitar Bazar Karat, Johor Bahru dan barisan hadapanĀ yang bertugas di sini, semalam.
Menurut Ketua Pemuda Negara Negeri Johor, Saiful Bahari, inisiatif ini bukan sahaja berfokus kepada usaha mengekang penularan wabak COVID-19, malahan membentuk budaya niaga yang lebih selamat.
“Pandemik COVID-19 memberi kesan besar terhadap ekonomi masyarakat dunia”,
“Dalam usaha menggerakkan dan merancakkan lagi perkembangan ekonomi adalah melalui perniagaan”,
“Jadi, sumbangan ini merupakan sebahagian usaha meningkatkan keselamatan agar pengunjung berasa lebih selamat seterusnya merancakkan lagi perniagaan masyarakat setempat”.
Turut hadir menjayakan program ini ialah Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Dato Hasnon Rashid yang juga merupakan ahli parlimen Batu Pahat.
PenggerakDaily