Categories
Berita Lifestyle

70% DISKAUN SAMAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Sempena bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menawarkan pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan SPAD.

Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ yang telah ditetapkan.

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 diberikan kepada semua saman bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta 715 dan termasuk yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *