Categories
Berita Budaya Politik

82% ORANG SELANGOR PUAS HATI DENGAN PN – KAJIAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Kajian QGen Analysts menunjukkan majoriti warga Selangor (82 peratus) berpuas hati dengan pencapaian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Jika dilihat sokongan terhadap PN mengikut pecahan kaum, 85 peratus Melayu di Selangor berpuas hati dengan pencapaian PN, diikuti dengan India sebanyak 75 peratus. Manakala Cina menunjukkan 42 peratus.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka berpuas hati dengan pencapaian kerajaan PN.

34.83 peratus responden berpendapat kerajaan PN mengambil berat terhadap kebajikan rakyat manakala 21.69 peratus berpendapat kerajaan sekarang mengutamakan pemulihan ekonomi negara.

19.06 peratus daripada responden pula berpendapat kerajaan PN mengamalkan tadbir urus yang lebih baik.

18 peratus responden yang tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan PN juga atas beberapa sebab. Antaranya ialah berkaitan lantikan pemimpin politik dalam GLC dan kerjasama parti kompenan yang rapuh.

 

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *