Daripada jumlah itu, Sabah terus merekodkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 702 kes.
Ini menjadikan jumlah kes dengan kebolehjangkitan kini adalah sebanyak 7,049 kes manakala jumlah keseluruhan sebanyak 20,498 kes.
Bercakap pada sidang media di Putrajaya petang ini, Noor Hisham juga memaklumkan tujuh kematian terbaru akibat wabak berkenaan.
Jumlah itu melibatkan enam kematian di Sabah dan satu kes kematian di Selangor.
Sementara itu, seramai 701 pesakit pulih sepenuhnya, yang merupakan angka tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 86 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu beliau juga memaklumkan empat kluster baru dikesan iaitu kluster Bah Layangan, kluster Alma, kluster Auto dan kluster Penjara Kepayan, yang menjadi jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 85 kluster.
Daripada 871 kes baru hari ini, 866 merupakan penularan dalam negara manakala lima kes merupakan kes import.
Sumber: Malaysiakini