Categories
Berita Ekonomi Lifestyle pembangunan

95,101 DAPAT PEKERJA MELALUI ‘MYFUTUREJOBS’

JOHOR BAHRU: 95,101 pencari kerja di seluruh negara mendapat pekerjaan melalui portal pekerjaan nasional, “MYFutureJobs” sejak ia dimulakan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.

Katanya, jumlah pengambilan pekerja itu yang melibatkan majikan berdaftar dengan MYFutureJobs yang diwujudkan untuk mengurangkan kadar pengangguran dan memulihkan ekonomi negara.

“Sejak di perkenalkan, 95,101 permohonan sudah ditempatkan dan seramai 44,940 adalah dalam lingkuan 20 tahun hingga ke 29 tahun termasuklah graduan baru. Keberkesanan strategi ini membantu graduan dalam pembuangan kerja yang dilihat menjadi fenomena baru pandemik Covid-19.

“Bagi memudahkan graduan mencari kerja, kementerian menerusi Perkeso menjalankan ‘Karnival Kerjaya’ dan setakat 30 Oktober, sebanyak 229 program karnival dilaksanakan yang melibatkan 541 majikan dan berjaya tempatkan 4,060 graduan dan pencari kerja lain,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan, Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Pandan) tentang langkah dan tindakan kerajaan dalam menangani masalah kekurangan peluang pekerjaan untuk graduan baru serta pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja akibat kemelesetan ekonomi tahun ini.

Sementara itu, Awang memberitahu seramai 56,315 pencari kerja di seluruh negara mendapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) sejak ia dimulakan pada 15 Jun lalu.

Katanya, manakala menerusi “Program My Apprentice” melibatkan seramai 4,724 perantis berjaya ditempatkan menerusi program ini yang dapat memberikan latihan upskilling dan reskilling kepada mereka dalam menjana sumber pendapatan baru.

“Kita mengadakan libat urus bersama pihak industri agar kita turut susun atur bagi kita ada kerjasama antara pihak syarikat swasta dan kerajaan dalam laksanakan tuntutan graduan-graduan kita dan mereka terlibat dalam pandemik dalam pembuangan kerja dan sebagainya.

“Kerajaan sedang berusaha dalam menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan serta pekerja yang diberhentikan ditambahkan lagi dengan Covid-19. Beberapa inisiatif sedang dan akan dilaksanakan kerajaan antaranya penambahbaikan ekosistem tenaga bakat muda negara dan pembangunan kebolehpasaran graduan melalui pelaksanaan program.”

Sumber: MalaysiaNow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *