KUALA LUMPUR, 23 Sept — Sejumlah 98 peratus permohonan moratorium lanjutan dan bantuan bank secara bersasar telah diluluskan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pada Julai yang lalu, saya telah mengumumkan moratorium lanjutan dan bantuan bank secara bersasar.
“Sehingga 11 Sept, institusi perbankan telah berbincang dengan lebih 1.4 juta peminjam, dan lebih 380,000 peminjam telah mengesahkan yang mereka benar-benar memerlukan bantuan ini,” katanya semasa menyampaikan perutusan khas Kita Prihatin hari ini.
SUMBER : BERNAMA