Di Malaysia, bahasa Jawa agak terkenal di Johor dan Selangor kerana majoriti orang Jawa menetap di kedua-dua negeri ini. Oleh kerana proses asimilasi pelbagai etnik di Malaysia, bahasa Jawa yang dulunya menjadi bahasa pertuturan kian dilupakan.
Jadi, mereka yang boleh berbahasa Jawa di Malaysia kini sangat terhad. Apatah lagi mereka yang mahir berbahasa Jawa terdiri dalam kalangan orang-orang lama.
Namun, sebuah video mengenai bahasa Jawa tular di mana seorang guru wanita di sebuah taska bertanya satu soalan kepada salah seorang muridnya.
“Boleh cakap Jawa tak?”, tanya guru berkenaan.
Jawapan murid tersebut mencuit hati netizen apabila dia menjawab, “Jawa”.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat murid comel berkenaan walaupun rasa tertipu kerana merasakan murid tersebut memang handal berbahasa Jawa.
PenggerakDaily