ADUN AMANAH LETAK JAWATAN
Oleh: Editorial Penggerak Daily
Adun Serom, Dr. Faizul Amri Adnan dari parti Amanah telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan AJK Parti Amanah Negara Negeri Johor berkuatkuasa serta merta.
Dimaklumkan, peletakan jawatan ini disebabkan hilang kepercayaan kepada kepimpinan khususnya peringkat negeri dan konflik dalaman parti di pelbagai peringkat seolah-olah tiada kesudahan.
Dr. Faizul juga dikatakan tidak lagi berminat untuk menjadi calon mewakili Parti Amanah Negara Negeri Johor pada Pilihanraya Umum ke 15 akan datang.
PenggerakDaily
Kredit gambar: Malaysia Dateline