Categories
Berita Politik

AGONG NASIHATKAN ANWAR AKUR DAN HORMATI PERLEMBAGAAN

Oleh: Editorial Penggerak Daily

Dalam sesi yang berlangsung lebih kurang 25 minit ini, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan media hari ini.

“Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukan senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengemukakan dakwaan tersebut.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”.

Khamis lepas, Anwar dilaporkan berkata Al-Sultan Abdullah telah memperkenan beliau menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang menyokongnya.

PenggerakDaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *