Categories
Berita Politik

AGONG TIDAK MEMPERKENANKAN SESIAPA MENGHADAP DALAM MASA SEMINGGU

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah tidak memperkenankan sesiapa untuk menghadap dalam masa seminggu kerana baginda masih dalam pemerhatian doktor.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, baginda dinasihatkan oleh doktor untuk berada di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemantauan.
“Baginda telah dinasihatkan oleh doktornya untuk tinggal di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemerhatian.
“Sehingga itu, baginda tidak akan mengadakan pertemuan dengan sesiapapun,” katanya yang dipetik laporan Reuters pada Jumaat.
Ahmad Fadil pada Rabu memberitahu, majlis menghadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara yang dijadualkan pada Selasa, ditangguhkan kerana Al-Sultan Abdullah dalam keadaan gering.
Beliau berkata, buat masa ini, Seri Paduka akan terus menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar perubatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Terdahulu Anwar dalam sidang media tergempar mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu dalam masa terdekat.
Beliau menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.
Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan.
Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *