Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Raub, Pahang hari ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim mengesahkan perkara tersebut selepas dimaklumkan isteri Allahyarham sebentar tadi.
Menurutnya, Allahyarham mengalami serangan jantung pada jam 6.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 7 petang tadi isterinya menghubungi saya memaklumkan beliau sudah meninggal dunia.
Aznel yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu berkata, jenazah kini berada di Hospital Raub dan menunggu keputusan keluarga bagi lokasi pengebumian.
Hasbullah yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Gerik menjadi ahli Parlimen sejak tahun 2013 sehingga kini.
Sumber: Sinar Harian