Susulan daripada kejadian kebakaran di Kampung Hilir Sungai Pala, Kabong pada 2 November lepas, Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin sebelum bermulanya Sesi Pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen pada hari ini.
“Pada pertemuan selama 30 minit bersama Menteri KPKT, saya telah menyuarakan agar pertimbangan untuk pembinaan balai bomba di Kabong diluluskan”,
“Ia disebabkan kedudukan balai bomba (Balai Bomba Saratok) yang terdekat adalah sejauh 50km dan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 jam perjalanan untuk sampai ke Daerah Kabong”, tegas Ali yang juga merupakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
“Daerah Kabong amat memerlukan sebuah balai bomba sekurang-kurangnya Balai Bomba Kelas C kerana sepanjang Tahun 2015 sehingga 2020 telah berlaku enam kebakaran di daerah Kabong yang melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit”,
“Semoga pertemuan bersama dengan Menteri KPKT akan membawa berita baik atas permohonan pembinaan Balai Bomba di Kabong”.
PenggerakDaily