Categories
Berita

AIDILADHA DISAMBUT 31 JULAI – PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai 2020.

Dalam satu kenyataan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja tarikh tersebut telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1441 Hijriah ialah pada 22 Julai 2020 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari 31 Julai 2020 Masehi”, menurut kenyataan itu.

Penggerak Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *