Categories
Berita Hiburan

AINA ABDUL / BUNGA RAYA MENANG THE MASKED SINGER MALAYSIA

JOHOR BAHRU: Topeng Bunga Raya atau penyanyi, Aina Abdul muncul juara program realiti The Masked Singer Malaysia musim pertama yang ditayangkan di saluran Astro Warna, semalam.

Aina, 27, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia terpaksa menyimpan rahsia hampir dua bulan disebabkan sudah menandatangani perjanjian.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan dan kejayaan yang tidak disangka-sangka ini. Sangat susah saya nak tahan rahsia ini hampir dua bulan juga. Saya minta maaf pada semua keluarga, rakan dan peminat disayangi. Saya tiada niat nak tipu tapi, saya sudah tandatangan kontrak dan kena patuh. Maaf ya semua.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat semua pasukan produksi dan pasukan yang berada di belakang saya sepanjang program ini berlangsung. Semoga Allah SWT rahmati anda semua. Tidak dilupakan kepada Bunga Raya, kita berjaya lakukan. Alhamdulillah,” katanya.

Berada di tempat kedua adalah topeng Rajah Brooke iaitu Vanessa Reynauld dan tempat ketiga menjadi milik topeng Orang Utan iaitu Tuju K-Clique.

Selain itu, dua lagi peserta akhir pada program itu adalah topeng Wau iaitu Datin Alyah dan topeng Enggan, Vince Chong.

Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *