Seperti yang umum ketahui, kini AirAsia – syarikat penerbangan tambang murah mula terlibat dalam segmen perniagaan penghantaran makanan pada pasaran negara.
Menyingkap kenyataan itu, Tony Fernandes – Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia hari ini berkongsikan gambar beliau yang turut serta dalam proses penghantaran makanan tersebut kepada pelanggan.
Ternyata penglibatan AirAsia pada rangkaian penghantaran makanan ini bakal berdepan dengan persaingan sengit dengan syarikat yang mendominasi pasaran tersebut iaitu GrabFood dan Foodpanda.
Rangkaian penghantaran makanan ini adalah dibawah AirAsia Digital. AirAsia sudah lama ingin mempelbagaikan operasi mereka, tidak hanya tertumpu kepada penerbangan sahaja, tindakan itu bagi memenuhi permintaan pelanggan aktif mereka.